REFLEKSI DIRI

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Alhamdulillah, syukur saya kepada Allah SWT, kerana dengan izin dan rahmat-Nya, dapat saya menyelasaikan segala tugasan bagi Kelab Kesihatan dan Kecergasan ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing Kelab Kesihatan dan Kecergasan ini, Puan Hasmah binti Hassan kerana telah banyak menyumbangkan jasa dalam memberikan tunjuk ajar sepanjang tugasan-tugasan ini dijalankan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi dan bertukar-tukar maklumat sepanjang proses menyiapkan tugasan-tugasan ini.

Tugasan-tugasan yang diberikan sepanjang kelab ini dijalankan memberikan satu impak yang mendalam terhadap diri setiap individu yang terlibat termasuklah saya sendiri. Berdasarkan kesemua yang telah dipelajari sepanjang proses pembentangan dijalankan, saya berpendapat setiap satu input daripadanya adalah amat berguna sekali bagi memastikan kesihatan yang terbaik untuk diri saya.

Tugasan-tugasan bagi Kelab Kesihatan dan Kecergasan ini juga turut memberi saya satu pengalaman yang sangat menarik, di mana saya dapat membuat blog milik saya sendiri. Blog yang dicipta adalah salah satu dari kehendak tugasan, yang mana meminta saya dan rakan-rakan lain memuat naik tugasan masing-masing seperti poster, slide PowerPoint, dan video.

Secara keseluruhannya, melalui Kelab Kesihatan dan Kecergasan ini, saya telah memperolehi pelbagai ilmu mengenai kesihatan. Ia telah menyedarkan saya tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan badan seperti menjaga pemakanan dan berolahraga. Selepas ini, segala ilmu yang diperolehi melalui kelab ini pasti akan saya gunakan dan manfaatkannya dengan sebaik mungkin.


Comments